PENGURUSAN SPBT SEKOLAH
PENENTUAN KELAYAKAN MURID.
Penentuan kelayakan berdasarkan taraf kewarganegaraan murid. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima bantuan buku teks SPBT. Manakala murid yang bukan warganegara Malaysia tidak layak menerima bantuan SPBT.
CARTA ALIR PENENTUAN KELAYAKAN MURID
PESANAN BUKU TEKS.
Permohonan keperluan buku teks SPBT dilakukan setiap tahun. Pesanan buku teks tahun berikutnya dibuat dalam tahun semasa. Penyelaras SPBT atau/dengan PK HEM mesti menghadiri Taklimat Pesanan Buku Teks SPBT oleh JPN/JAIN.
CARTA ALIR PESANAN BUKU TEKS
PENERIMAAN BEKALAN PAKEJ BUKU TEKS.
Semua penerimaan bekalan pakej buku teks SPBT hendaklah merujuk kepada Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460). Selepas menerima Penyata BTBT460, Guru SPBT hendaklah merekod jumlah pesanan buku yang akan diterima ke dalam eMateks melalui alamat berikut: http://www.moe.gov.my/bbt.
CARTA ALIR PENERIMAAN BEKALAN PAKEJ BUKU TEKS
PENGAGIHAN BUKU TEKS KEPADA MURID.
Pengagihan buku teks SPBT kepada murid mesti diselesaikan pada hari pertama sesi persekolahan. Sehubungan dengan itu, persediaan bagi mengagihkan buku teks SPBT ini mestilah disiapkan lebih awal oleh pihak sekolah.
CARTA ALIR PENGAGIHAN BUKU TEKS KEPADA MURID
PEMULANGAN BUKU TEKS.
Proses pemulangan buku teks SPBT oleh murid pada akhir tahun juga melibatkan beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah.
CARTA ALIR PPEMULANGAN BUKU TEKS
assalamualaikum..izinkan saya copy..tima kasih
ReplyDeletewslm. Silakan tuan
ReplyDelete