BILIK SPBT YANG BARU
SEJARAH BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH
Seiring dengan penubuhan Sekolah Kebangsaan Beserah sekitar tahun 1987. unit pengurusan buku teks dahulunya dikenali sebagai Unit Skim Pinjaman SPBT Sekolah telah diwujudkan bagi membantu agihan buku teks kepada murid-murid.
Diawal penubuhan sekolah ini, sebuah bilik bersaiz 1 bay telah diperuntukkan untuk menyelia pengagihan buku-buku teks di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia. Seorang guru penyelaras telah dilantik untuk menyelia agihan buku-buku teks tersebut. Bilik SPBT ini terletak di tingjat 1 bangunan blok D. Keadaan bilik ini bersih dan kemas di bawah kendalian beberapa orang guru penyelaras SPBT yang silih berganti.
Pada tahun 2017 sebuah lagi bilik yang berukuran sama telah diperuntukkan kepada unit SPBT sebagai bilik pelupusan buku-buku SPBT.
Bermula tahun awal 2017, bilik SPBT telah dinaik taraf sebagai Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS). BOSS bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.
SEBELUM BEROPERASI
SELEPAS OPERASI
No comments:
Post a Comment