Sunday, 20 August 2017

                              CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA
                                    SPBT SK BESERAH
                                         TAHUN 2017


Tuesday, 15 August 2017

TUTORIAL CARA MEMASUKKAN BUKU TEKS DIGITAL KE DALAM SITE PEMBELAJARAN VLE

Aktiviti Pengawas BOSS SKB

Para pengawas sedang mengecop Al Quran untuk murid tahun 2.




Taklimat Peraturan Skim Pinjaman Buku Teks 2017

Murid telah diperkenalkan peraturan-peraturan di BOSS SK Beserah dan cara menjaga buku teks pinjaman sekolah.






PERATURAN BOSS


Dilarang membawa masuk beg, fail, buku, dan makanan termasuk Buku SPBT kepunyaan sendiri.

Semasa berada di BOSS, murid dilarang membuat bising, makan, minum atau berkelakuan tidak sopan.

Murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah atau kokurikulum ketika berada di BOSS.

Murid DILARANG masuk ke BOSS tanpa kebenaran guru SPBT.

Buku-buku SPBT dari rak terbuka, tidak boleh dibawa keluar dari BOSS.

Selepas menggunakan BOSS, sila pastikan tiada sampah ditinggalkan, meja dan kerusi disusun rapi dan matikan suis lampu dan kipas.

Murid/Pengawas BOSS yang tidak mematuhi peraturan BOSS boleh dikenakan tindakan.

PENGGUNAAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH

Bilik Operasi SPBT Sekolah akan dibuka sepanjang waktu persekolahan untuk semua murid, guru serta staf SK Beserah.

Rekodkan penggunaan bilik di dalam buku log yang telah disediakan.

Guru SPBT perlu ada bersama sekiranya murid ingin menggunakan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) bagi tujuan P & P atau carian maklumat

Terima kasih di atas kerjasama semua.

PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SPBT SEKOLAH.

PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SPBT SEKOLAH.

               Sekolah berperanan mengurus dan melaksanakan SPBT seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memastikan pengurusan dan pelaksanaan SPBT berjalan lancer dan efisien, personel yang terlibat dengan program SPBT wajar memainkan peranan masing-masing. Pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat sekolah melibatkan Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Petang (GPK Petang), Guru penyelaras SPBT, Guru Penyelaras Tahun/Tingkatan, Guru Kelas, murid, dan juga ibu bapa/penjaga.

1. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA/GURU BESAR.

               Pengetua/Guru Besar merupakan pemegang akauntabiliti dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat sekolah. Mereka merupakan pelaksana utama dasar-dasar berkaitan SPBT di sekolah. Pemahaman dan penghayatan tentang dasar serta pengurusan SPBT di sekolah harus dipertingkat demi memastikan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah menepati tujuan program SPBT. Pengetua/ Guru Besar hendaklah menimbulkan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan SPBT kepada semua guru, staf sokongan sekolah, murid ibu bapa atau penjaga.

               Dalam mengurus dan melaksanakan program SPBT di sekolah, Pengetua/Guru Besar mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut :

1.1.        Mengadakan semua kemudahan yang diperlukan di sekolah seperti Bilik Operasi SPBT  Sekolah (BOSS) serta kelengkapan, fail, buku stok, cap SPBT, borang-borang maklumat yang berkaitan dan bantuan perkeranian.(Sila rujuk – Surat Arahan Pentadbiran KP.BT.8945/Jld.29(69) bertarikh 23 September 2008).

1.2.        Menubuhkan jawatankuasa SPBT Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dan dianggotai oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Petang (GPK Petang), Ketua Bidang, Panitia Mata Pelajaran, Guru Penyelaras SPBT, Guru Penyelaras Tahun/Tingkatan serta guru kelas.

1.3.        Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa SPBT sekolah atau diwakilkan kepada Timbalan Pengerusi. Antara agenda mesyuarat termasuklah :

                              1.3.1.     Penetapan peraturan penjagaan buku teks SPBT

1.3.2.     Penyelarasan tindakan bagi salah laku disiplin SPBT selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang dikeluarkan oleh KPM

1.3.3.     Pembukaan/Penutupan kelas dan perubahan enrolmen murid perlu diambil kira sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.

1.3.4.     Pemilihan dan penawaran mata pelajaran sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.

1.4.        Bertanggungjawab terhadap ketetapan dan kesahihan semua data dan maklumat berkaitan dengan SPBT.

1.5.        Menentukan pembukaan kelas/mata pelajaran baru sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.

1.6.        Melantik Guru Penyelaras SPBT dan Guru SPBT yang berdedikasi dan bertanggungjawab.

1.7.        Memastikan maklumat tentang SPBT disampaikan kepada semua guru, murid, dan ibu bapa/penjaga dari semasa ke semasa.

1.8.        Memastikan borang maklumat murid (BMM) diproses dengan betul dan saksama.

1.9.        Memastikan ibu bapa/penjaga dimaklumkan status kelayakan SPBT murid, khususnya untuk murid yang bukan warganegara.

1.10.      Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani Nota Serahan/Sijil Akuan Penerimaan(SAP)/Invois setelah memastikan judul dan bilangan naskah buku menepati Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460).

1.11.      Menurunkan surat penurunan kuasa penerimaan buku teks SPBT kepada guru bertugas atau Pembantu Tadbir sekolah bagi tujuan penerimaan buku teks SPBT daripada penerbit atau wakil pengedar semasa ketiadaan pihak Pentadbir Sekolah dan Guru Penyelaras SPBT.

1.12.      Memastikan Nota Serahan/SAP/Invois dikembalikan kepada penerbit/pengedar dengan kadar segera.

1.13.      Memastikan pelupusan buku teks SPBT dibuat dari semasa ke semasa.

1.14.      Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap teguran dan laporan berhubung dengan SPBT.

1.15.      Bekerjasama dengan JPN/JAIN/PPD mengenai pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah.

1.16.      Memastikan penubuhan dan pelaksanaan Kelab SPBT di sekolah, berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM.

1.17.      Menggalakkan penubuhan pengawas SPBT.

1.18.      Memastikan buku teks SPBT digunakan secara optimum dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

1.19.      Menyemak dan mengesahkan buku stok SPBT pada 31 Disember setiap tahun.

1.20.      Menyediakan kemudahan peralatan ICT bagi pelaksanaan Sisteksbbt dan eMATEKS.

1.21.      Memastikan pelaksanaan penggunaan Sisteksbbt dan eMATEKS dalam pengurusan SPBT.

1.22.      Memastikan Guru Data mengemas kini data Sistem Maklumat Murid (SMM).

 

2. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (GPK HEM)

Guru Penolong  Kanan HEM bertanggungjawab membantu Pengetua/Guru Besar dalam pengurusan dan pelaksanaan program SPBT di sekolah. Tugas dan tanggungjawab Guru Penolong  Kanan HEM adalah seperti berikut :

2.1.        Meneliti dan melaksanakan semua arahan yang berkaitan dengan SPBT.

2.2.        Merancang pengurusan SPBT di sekolah dengan bantuan Guru Penyelaras SPBT.

2.3.        Menyediakan dan mematuhi takwim SPBT sekolah.

2.4.        Menyediakan dan menyimpan maklumat SPBT.

2.5.        Memastikan pemprosesan dan kelulusan kelayakan pinjaman buku teks SPBT seperti yang terkandung dalam Bahagian C di Borang Maklumat Murid.

2.6.        Menganggotai Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah.

2.7.        Menghadiri taklimat/kursus dan bekerjasama dengan PPD/JAIN/JPN/BBT berkaiatan dengan program SPBT sekolah.

2.8.        Memastikan semua maklumat dan data yang dikemukakan kepada PPD/JAIN/JPN/BBT adalah benar dan tepat terutamanya Borang Keperluan Buku Teks (BTBT190/170) dan Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460).

2.9.        Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani nota serahan/Sijil Akuan Penerimaan(SAP)/Invois atau nota serahan.

2.10.      Memastikan penerimaan Buku Teks SPBT direkod dalam Buku Stok, ditulis nombor perolehan serta tarikh penerimaan dan disimpan dengan baik.

2.11.      Menyemak buku stok yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

2.12.      Memastikan murid layak menerima buku teks SPBT.

2.13.      Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks SPBT di tangan murid dari semasa ke semasa.

2.14.      Melaporkan kepada PPD/JAIN/JPN tentang lebihan/kekurangan buku teks SPBT di sekolah.

2.15.      Memastikan buku teks SPBT yang berlebihan dihantar ke BOSD dengan kadar segera.

2.16.      Memastikan buku teks SPBT diambil daripada BOSD dengan kadar segera jika berlaku kekurangan buku teks SPBT di sekolah.

2.17.      Memastikan pelupusan buku teks SPBT dibuat dari semasa ke semasa atau mengikut masa yang ditetapkan oleh JPN.

2.18.      Melaporkan kepada Pengetua/Guru Besar sebarang masalah berkaitan SPBT.

2.19.      Membuat tindakan susulan terhadap teguran aduan atau laporan berhubung dengan pelaksanaan dan pengurusan SPBT.

2.20.      Memberi taklimat kepada semua guru dan staf sokongan sekolah mengenai dasar-dasar terkini pelaksanaan SPBT dari semasa ke semasa.

2.21.      Memastikan semua guru dan staf sokongan sekolah memberi kerjasama dalam pelaksanaan dasar SPBT di sekolah.

2.22.      Memastikan pelaksanaa Sisteksbbt dan eMATEKS di sekolah.

2.23.      Menghadiri sesi taklimat penentuan keperluan buku teks SPBT dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pesanan tersebut.

 

3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum juga mempunyai peranan dalam pengurusan SPBT, khususnya dalam hal-hal berkaitan Kelab SPBT. Sehubungan itu, tugas dan tanggungjawab GPK Kokurikulum adalah seperti yang berikut :

3.1.        Menubuhkan Kelab SPBT di sekolah.

3.2.        Mendaftarkan penubuhan Kelab SPBT.

3.3.        Membantu Guru Penasihat Kelab SPBT (Guru Penyelaras SPBT) melaksanakan aktiviti kelab.

3.4.        Memantau pelaksanaan aktiviti Kelab SPBT di sekolah.

 

4. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS SPBT

Guru Penyelaras SPBT berperanan penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Oleh itu, Guru Penyelaras SPBT ini dilantik khas oleh pihak sekolah bagi mengurus dan melaksanakan program SPBT di sekolah. Secara umumnya, tugas dan tanggungjawab Guru Penyelaras SPBT adalah seperti yang berikut :

               4.1. Pengurusan Am

            4.1.1.            Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan SPBT.

            4.1.2.            Mendapatkan salinan Borang Maklumat Murid, khususnya bahagian C   daripada GPK HEM

            4.1.3.            Mendapat dan merumuskan data enrolmen murid daripada Jawatankuasa  Pemilihan Bantuan Sekolah.

         4.1.4.          Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga, status murid yang tidak layak  menerima SPBT; contohnya murid bukan warganegara.

           4.1.5.            Menjadi setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah dan AJK  dalam Jawatankuasa  Pemilihan Bantuan Sekolah.

         4.1.6.            Melaporkan kepada GPK HEM sebarang masalah berkaitan SPBT untuk  tindakan selanjutnya.

         4.1.7.            Melaksanakan aplikasi Sisteksbbt dan eMATEKS dalam pengurusan SPBT di  sekolah.

        4.2.        Penentuan Keperluan Buku Teks SPBT.

                      4.2.1.             Mendapatkan data enrolmen murid yang tepat.

                      4.2.2.             Menyediakan permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat dan  benar.

                      4.2.3.             Meyediakan senarai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks SPBT

                      4.2.4.             Merujuk Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanantentang pembukaan dan  penutupan kelas       
                                             sebelum membuat pesanan buku teks

              

4.3.        Penerimaan Buku Teks SPBT

                      4.3.1.             Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripadapenerbit atau pengedar         
                                             berpandukan Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460) dan kriteria  yang ditetapkan.

                      4.3.2.             Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan  menandatangani 
                                             SAP/Invois atau Nota Serahan.

                      4.3.3.             Mengurus penggantian buku teks SPBT yang diterima dalam keadaan rosak   daripada penerbit.

                      4.3.4              Memastikan bukuteks SPBT dicapkan nama sekolah, mencatatkan tarikh  penerimaannya serta 
                                             diberikan nombor perolehan pada ruangan yang   disediakan pada buku teks SPBT

 

4.4.        Pengagihan Dan Pemulangan Buku Teks SPBT.

                      4.4.1.             Menyelaras pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT murid melalui  Penyelaras 
                                             Tingkatan/Tahun atau Guru Kelas.

                      4.4.2.             Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks  (Borang SPBT G)

                      4.4.3.             Mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Pengesahan Penerimaan  dan Perjanjian 
                                             Penjagaan Buku Teks SPBT.

                      4.4.4.             Mengurus penggantian buku teks yang dirosakkan/dihilangkan oleh murid.

 

4.5.        Pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

                      4.5.1.             Mengurus Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

                      4.5.2.             Mengurus dan mengemaskini semua fail serta buku stok SPBT dari semasa                              ke semasa dengan kerjasama Ahli SPBT Sekolah.

                      4.5.3.             Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada                                      penerbit dan disimpan di BOSS serta di tangan murid dari semasa ke  semasa.

                      4.5.4.             Mengurus pelupusan buku teks SPBT dari semasa ke semasa yang   ditetapkan oleh PPD/JAIN/JPN.

                      4.5.5.             Merancang dan melaksanakan aktiviti baik pulih buku teks SPBT.

                      4.5.6.             Memastikan buku lebih di BOSS tidak melebihi lima naskah bagi setiap judul.

 

4.6.        Kelab SPBT.

                      4.6.1.             Membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum menubuhkan Kelab SPBT,                   membentuk perlembagaan dan peraturan Kelab SPBT di sekolah.

                      4.6.2.             Menjadi Guru Penasihat Kelab SPBT sekolah.

                      4.6.3.             Membimbing pelaksanaan Kelab SPBT sekolah.

 

5.            TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS TAHUN/TINGKATAN

               5.1.        Bekerjasama dengan Guru Penyelaras SPBT mengurus pelaksanaan SPBT.

               5.2.        Menyelaras pengagihan buku teks SPBT kepada murid melalui guru kelas.

               5.3.        Menyelaras pengisian Borang SPBT G.

               5.4.        Menyelaras pengumpulan buku teks SPBT daripada murid melalui guru kelas.

               5.5.        Membantu Guru Penyelaras SPBT menyampai dan mengumpulkan maklumat SPBT               kepada guru kelas dari semasa ke semasa.

               5.6.        Menganggotai Jawatankuasa SPBT Sekolah.

 

6.            TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS.

                              Guru kelas berperanan memastikan pinjaman buku teks SPBT diedarkan kepada semua murid warganegara seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007. Guru kelas wajar memupuk rasa sayang, sikap bertanggungjawab dan menghargai buku teks SPBT serta menimbulakn kesedaran tentang faedah yang diterima oleh murid melalui SPBT. Oleh itu, guru kelas mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut:

               6.1.        Bekerjasama dengan Guru Penyelaras SPBT dalam pengurusa dan  pelaksanaan SPBT               sekolah.

               6.2.        Menganggotai Jawatankuasa SPBT Sekolah.

               6.3.        Menyediakan senarai nama murid mengikut kelas.

               6.4.        Mengagih atau mengumpul semula buku teks SPBT kepada/daripada murid.

              6.5.        Mengisi borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks SPBT 
                            daripada murid.  
            6.6. Memastikan murid melengkapkan maklumat diri di ruangan yang disediakan pada  cap SPBT dalam buku teks SPBT.
              6.7.        Memaklumkan kepada murid tentang peraturan pinjaman dan tatacara penjagaan buku teks SPBT.
              6.8.        Mengurus dan mendapatkan penggantian semula buku teks SPBT yang dihilangkan/dirosakkan oleh murid daripada ibu bapa dan penjaga.

6.9.        Membantu Guru Penyelaras SPBT melaksanakan Sisteksbbt.

Monday, 14 August 2017

Visi dan Misi

VISI
SEKOLAH UNGGUL 2020

MISI
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI





                SEJARAH BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH        

 


                 Diawal penubuhan sekolah ini, sebuah bilik bersaiz 1 bay telah diperuntukkan untuk menyelia pengagihan buku-buku teks di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia. Seorang guru penyelaras telah dilantik untuk menyelia agihan buku-buku teks tersebut.          Bilik SPBT ini terletak di tingjat 1 bangunan blok D. Keadaan bilik ini bersih dan kemas di bawah kendalian beberapa orang guru penyelaras SPBT yang silih berganti.     


                    Bermula tahun 2017, bilik SPBT telah dinaik taraf sebagai Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) di tingkat ats blok yang sama. BOSS bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang. 








Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah ini telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

                      Tempat simpanan buku teks yang terurus adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS SK Beserah ini dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan dan dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

                      Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, pihak kami sentiasa berusaha menguruskan BOSS dengan efisyen.  BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. BOSS Sk Beserah mempunyai kemudahan asas seperti berikut :

  • Rak buku
  • Meja dan kerusi
  • kipas
  • Alat Pemadam Api
  • Kawalan haiwan / serangga perosak
  • Kabinet / almari fail
  • Papan kenyataan 
  • Kaunter 
  • Peti kecemasan









Sejarah